Badrul Afzan ganti Steinbruckner bimbing Terengganu

Badrul Afzan ganti Steinbruckner bimbing Terengganu

BADRUL Afzan Razali (kiri) mengendalikan sesi latihan pasukan Terengganu FC di padang latihan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, semalam.-UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pengendali sementara, Badrul Afzan Razali akan diberi kepercayaan membimbing pasukan Terengganu FC (TFC) sekurang-kurangnya sehingga tamat musim Liga Malaysia tahun ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah TFC Sdn. Bhd., Hishamuddin Abdul Karim berkata, pihaknya tidak berhasrat melantik ketua jurulatih baharu menggantikan Tomislav Steinbruckner dalam masa terdekat.

Menurut beliau, TFC juga tidak merancang untuk membuka permohonan kepada mana-mana jurulatih yang berminat mengisi kerusi panas itu bagi mengendalikan skuad Penyu.

Malah, sebarang keputusan berhubung jawatan itu hanya akan dinilai sebaik musim melabuhkan tirai termasuk kemungkinan melantik Badrul Afzan selaku pengendali baharu.

“Buat masa ini kelab akan memberi sokongan dan kepercayaan terhadap jurulatih sementara untuk membimbing TFC sekurang-kurangnya sehingga habis musim ini iaitu pada pertengahan tahun depan.

“Badrul Afzan juga akan diberi peluang sewajarnya untuk menunjukkan kemampuan dan jika dia ‘lulus’ dengan cemerlang tidak mustahil boleh dikekalkan untuk terus melatih TFC.

“Pihak kelab belum letak sasaran buat beliau kerana tidak adil untuk menambah tekanan kepada jurulatih sementara dalam masa singkat,” ujarnya ketika meninjau sesi latihan TFC di sini, semalam.

Hishamuddin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menjelaskan, keputusan ‘berpisah’ dengan Steinbruckner dibuat selepas kekalalahan 0-1 kepada Selangor, minggu lalu.

Tegas beliau, tidak timbul isu konflik atau perpecahan dalam pasukan sebaliknya menuntut barisan kejurulatihan dan pemain TFC bangkit pada perlawanan bertemu PDRM, esok.

“Sejurus kekalahan itu, Steinbruckner menyerahkan mandat kepada pengurusan untuk menentukan masa depannya dan hasil perbincangan, kedua-dua pihak setuju untuk mengambil haluan berbeza.

“Jadi buat masa ini harapan utama adalah melihat Badrul Afzan berjaya meningkatkan prestasi TFC dan dengan pengalamannya, tiada masalah untuk mencari keserasian pemain,” tambahnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya