BEIRUT: Amerika Syarikat (AS) sedang berbincang mengenai serangan terhadap fasiliti minyak Iran sebagai tindak balas terhadap serangan peluru berpandu terhadap Israel, baru-baru ini. Perkara itu disampaikan oleh Presiden AS, Joe Biden ketika tentera Israel meneruskan kempen terhadap kumpulan Hezbollah yang disokong Iran di Lubnan. Ketika Israel mempertimbangkan pilihan selepas musuh ketatnya, Iran, melancarkan serangan terbesar pada Selasa lalu, Biden ditanya sama ada beliau akan menyokong serangan Israel terhadap fasiliti minyak Iran. “Kami sedang berbincang mengenainya,” jawab Biden kepada wartawan. Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berikrar akan melancarkan serangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya