ANIFEST buka peluang TVET, AI

ANIFEST buka peluang TVET, AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ANIFEST 2024 edisi ke-8 yang bakal membuka tirai pada 26 dan 27 Oktober ini bakal menarik ribuan pengunjung dari pelbagai latar belakang seni dan budaya.

Bertemakan “Integrasi Seni Kreatif” program yang diadakan di KL Gateway Mall ini bakal meraikan pelbagai cabang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seni kreatif termasuk komik, animasi, seni doodle serta seni kraf.

Malah, festival kali ini juga memperkenalkan penerokaan teknologi terkini seperti Kecerdasan Buatan (AI) dalam penghasilan karya seni.

Pengerusi ANIFEST Malaysia, Mohd. Zahir Zainal Abidin berkata, festival kali ini yang melibatkan AI dapat membuka ruang kepada generasi baharu untuk meneroka kemungkinan tanpa batasan dalam dunia seni kreatif.

“ANIFEST 2024 adalah satu platform yang ideal bagi pengunjung untuk menikmati, menghargai, dan menyelami lebih dalam tentang dunia seni kreatif tempatan dan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pelbagai program menarik seperti pameran seni, bengkel kreatif, sesi panel dengan penggiat seni terkenal, dan persembahan langsung akan menanti para pengunjung sepanjang dua hari ini.

“Bukan sahaja acara ini memberi peluang kepada seniman untuk memperkenalkan karya mereka kepada umum, tetapi juga menjadi ruang bagi komuniti seni berkumpul, berinteraksi, dan bertukar pandangan selain meneroka jaringan baharu industri,” jelasnya.

ANIFEST 2024 dianjurkan oleh Persatuan Festival Seni Kreatif dan TVET Malaysia (ANIFEST), turut mendapat sokongan penuh daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Content Forum (CMCF), yang menekankan komitmen untuk memajukan dan menyokong pembangunan industri seni kreatif tempatan.

Acara ini dibuka secara percuma kepada semua pengunjung dari jam 10 pagi hingga 6.30 petang.

“Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada rakan pesta seni kreatif TVET terbesar ini! ANIFEST 2024 bukan sekadar festival, tetapi adalah satu pergerakan yang mengangkat dan memartabatkan seni dalam semua bentuk dan manifestasinya yang unik dan tersendiri,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan jadual penuh ANIFEST 2024, sila layari laman web rasmi atau ikuti kami di platform media sosial https://www.facebook.com/anifestmalaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya