Angkat berat sudah dua tahun bebas isu doping

Angkat berat sudah dua tahun bebas isu doping

Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia(PABM), Ayub Rahmat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sukan angkat berat telah merekodkan ‘zero’ isu doping sejak dua tahun lalu dan sering melaksanakan program pendidikan berkaitan isu penyalahgunaan bahan terlarang.

Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia(PABM), Datuk Ayub Rahmat berkata, pihaknya juga bekerjasama rapat dengan Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) dalam setiap siri kejohanan angkat berat di peringkat negeri dan kebangsaan.

“PABM telah bekerjasama rapat dengan ADAMAS dalam setiap siri kejohanan angkat berat di peringkat negeri dan kebangsaan. Angkat berat juga merekodkan tiada isu doping dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, Sarawak yang lalu.

“Angkat berat telah merekodkan zero isu doping sejak dua tahun yang lalu serta pendidikan berkaitan doping sering dilaksanakan oleh PABM,” kata Ayub dalam satu kenyataan, semalam.

Terdahulu, ADAMAS menggesa semua penganjur acara sukan bina badan untuk mewajibkan peserta-peserta menjalani pendidikan anti-doping sebagai syarat penyertaan dalam kejohanan pada masa hadapan.

Inisiatif berkenaan bertujuan untuk memastikan semua atlet memahami kesan negatif doping terhadap kerjaya dan kesihatan mereka.

Doping merujuk kepada penggunaan bahan terlarang untuk meningkatkan prestasi, menjadi isu serius dalam sukan bina badan.

Malah, ia diakui sebagai sukan berisiko tinggi yang terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang, khususnya Androgenic Anabolic Steroid (AAS).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya