KANO: Angka korban akibat letupan lori tangki yang membawa bahan api di utara Nigeria, semalam, meningkat kepada 147 orang.
Jurucakap Polis, Lawan Shiisu Adam berkata, lori tangki itu terbalik ketika menghantar produk ke bahagian utara Nigeria.
“Lori itu memandu di sepanjang lebuh raya utama sebelum melencong kerana cuba mengelak daripada bertembung dengan sebuah lori di bandar Majia,” katanya.
Dalam pada itu, orang ramai cuba mengutip bahan api yang tertumpah di jalan raya dan ke dalam longkang selepas lori tangki itu terbalik di utara negeri Jigawa.
Wartawan Al Jazeera, Fidelis Mbah yang melaporkan dari Sokoto berkata, kebanyakan penduduk yang berada di sekitar kampung itu bergegas ke lokasi kejadian dan cuba mengambil minyak yang tumpah.
“Tidak sampai dalam beberapa minit, lori tangki itu meletup dan mengorbankan banyak mangsa di tempat kejadian,” katanya.
Letupan lori tangki yang membawa bahan api adalah insiden biasa yang berlaku di negara paling ramai penduduk di Afrika. -AFP