Aksi Perak, JDT berlangsung 10 November

Aksi Perak, JDT berlangsung 10 November

STADIUM Majlis Perbandaran Manjung akan menjadi tuan rumah untuk Perak FC menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan Liga Super, 10 November ini. - IHSAN FB PERAK FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas dua kali ditunda, perlawanan Liga Super antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) dijadualkan pada 10 November depan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Tarikh baharu itu disahkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menerusi kenyataan rasmi semalam dan memaklumkan sepak mula akan berlangsung pada jam 5 petang.

Perlawanan minggu sembilan Liga Super antara skuad Seladang dan Harimau Selatan itu sepatutnya berlangsung pada 5 Oktober lalu namun ditangguhkan Komisioner Perlawanan susulan keadaa padang di Stadium Perak tidak sesuai digunakan akibat hujan lebat sebelum sepak mula pada jam 8.15 malam.

Sabtu lalu, lebih 10,000 penyokong yang hadir ke stadium itu sekali lagi kecewa selepas perlawanan ditunda buat kali kedua akibat hujan dan permukaaan padang yang tidak mengizinkan.

Dalam pada itu, MFL memaklumkan penetapan tarikh baharu perlawanan itu juga menyebabkan tarikh pusingan 16 Piala Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 8 hingga 10 November dan 22 hingga 24 November ditukar ke tarikh lain.

“Jadual Pusingan 16 TM Piala Malaysia ini diubah kerana perlu menunggu aksi tertunda antara Perak FC menentang JDT ini yang akan berlangsung pada 10 November 2024 bagi melengkapkan kedudukan Liga Super selepas minggu 13 perlawanan bagi menjalankan Undian TM Piala Malaysia.

“Justeru, tarikh baharu bagi perlawanan pertama Pusingan 16 TM Piala Malaysia akan bermula pada 20 hingga 24 November, manakala perlawanan kedua Pusingan 16 pula berlangsung pada 29 November hingga 1 Disember depan,” katanya.

Menurut MFL, dengan tarikh baharu yang ditetapkan itu, perlawanan minggu 16 Liga Super yang sepatutnya bermula pada 29 November akan dipinda ke Disember yang mana baki jadual penuh Liga Super 2024-2025 akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya