Ahli politik veteran India maut ditembak - Utusan Malaysia

Ahli politik veteran India maut ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Seorang ahli politik veteran di Mumbai, maut akibat ditembak beberapa kali di bahagian dada di luar pejabat anaknya di negeri ini.

Insiden itu berlaku beberapa minggu menjelang pilihan raya negeri berlangsung.

Mangsa, Baba Siddique, 66, ialah Ahli Parlimen tempatan dan bekas Menteri di negeri Maharashtra.

Pihak polis tidak menolak penglibatan geng penjenayah terkenal yang melepaskan tembakan berkenaan.

Akhbar Hindustan Times melaporkan dua suspek berjaya diberkas dan pihak polis sedang giat memburu seorang suspek lain.

Penyiar NDTV melaporkan, kedua-dua suspek mendakwa mereka adalah sebahagian daripada kumpulan yang dikendalikan Lawrence Bishnoi yang berada di penjara kerana melakukan beberapa pembunuhan menerusi kumpulan penjenayah.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya