Ahli perniagaan direman kes tuntutan palsu bekalan kimia

Ahli perniagaan direman kes tuntutan palsu bekalan kimia

Tuntuan palsu
SUSPEK dibawa anggota SPRM untuk direman di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan direman enam hari bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu bagi bekalan bahan kimia kepada sebuah pusat penyelidikan institut pendidikan tinggi awam (IPTA) bernilai RM15,000 tahun lalu.

Tempoh reman ke atas lelaki berusia lingkungan 30-an itu dibenarkan Majistret Ameera Mastura Khamis di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Sumber berkata, suspek tempatan itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, kira-kira pukul 9 malam tadi.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai membuat tuntutan bayaran palsu bagi pembekalan bahan kimia sedangkan ia tidak dilaksanakan.

“Perbuatan melibatkan kandungan butir matan palsu tersebut disyaki dilakukan suspek pada sekitar Mac 2023,” katanya.

Tambah sumber itu, perintah reman ke atas suspek dibenarkan sehingga 20 Oktober ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya