ACL2: Selangor FC raih tiga mata pertama

ACL2: Selangor FC raih tiga mata pertama

PEMAIN Selangor FC, Yohandry Orozco (tengah) berjaya menolak masuk bola ke gawang Cebu FC pada perlawanan kedua Kumpulan H Liga Juara-Juara 2 (ACL2) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC(SFC) berjaya melakar kemenangan pertama dalam kempen Liga Juara-Juara 2 (ACL 2) selepas menewaskan Cebu FC 1-0 untuk aksi kedua Kumpulan H ACL 2, sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Red Giants memastikan tiga mata berharga menjadi milik Selangor menerusi gol tunggal pemain import tengah mereka, Yohandry Orozco.

Turun dengan misi penting, Selangor mula mengasak gawang pelawat sebaik sahaja wisel permulaan permainan ditiup dan menguasai keseluruhan permainan.

Usaha tuan rumah akhirnya berhasil pada minit ke-10 menerusi ledakan Orozco yang memanfaatkan hantaran penyerang import Selangor, Ronnie Fernandez.

Pemain Dynamic Herb Cebu FC, Daniel Bernan Gadia (kanan) mengasari pemain Selangor FC, Nooa Laine.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Kemudiannya, beberapa peluang turut dicipta namun jentera serangan tuan rumah gagal menterjemahkan dengan bentuk jaringan walaupun menguasai keseluruhan permainan babak pertama.

Bersambung babak kedua, Selangor terus menunjukkan penguasaan permainan namun sekali lagi dihampakan dengan ketumpulan sentuhan penyudah.

Turut mencuri tumpuan dalam perlawanan itu dengan kemasukan Faisal Halim yang membuat penampilan buat kali pertama di pentas Asia.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor berada ditangga kedua Kumpulan H selepas mengumpul empat mata.

Sementara itu, satu lagi aksi kumpulan sama menyaksikan Jeonbuk Hyundai Motors membelasah Muangthong United 4-1 untuk menerajui kedudukan teratas dengan mengumpul enam mata.

Aksi seterusnya, Selangor di ACL2 adalah berdepan Jeonbuk di laman sendiri pada 23 Oktober nanti. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya