60 anggota polis 'gemuk', diarah jalani latihan fizikal

60 anggota polis ‘gemuk’, diarah jalani latihan fizikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRENGGALEK: Seramai 60 anggota polis diarah menjalani latihan fizikal di balai polis Trenggalek, Jawa Timur selepas dikesan mengalami masalah obesiti.

Ketua polis Trenggalek, Indra Ranu Dikarta berkata, program ini diwujudkan untuk anggota yang mempunyai berat badan berlebihan, kerana kesihatan adalah keutamaan untuk bersiap sedia menghadapi pelbagai aktiviti.

“Ini adalah program bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan. Kita perlu bersiap sedia dari segi anggota badan dan aspek kesihatan,” katanya.

Tambah Indra, terdapat beberapa agenda penting yang memerlukan perhatian pihak polis, termasuk pelantikan Presiden dan Naib Presiden RI, serta pilihan raya Gabenor dan Timbalan Gabenor Jawa Timur, yang kini sedang berjalan.

“Dalam menjalankan operasi, kita perlu berfungsi dengan maksimum dan ini bergantung kepada tahap kesihatan yang baik,” tambahnya.

Sehubungan itu, anggota polis bukan sahaja akan menjalani latihan fizikal di balai polis, tetapi juga diminta untuk berjalan mengelilingi kampung sekitar.

Mereka juga diingatkan untuk bersenam secara rutin setiap petang, termasuk aktiviti berjalan kaki.

Indra melarang anggotanya yang obesiti daripada berlari kerana bimbang mereka akan mengalami kecederaan.

“Anggota polis akan terus dipaksa berolahraga sehingga berat badan mereka mencapai tahap ideal. Jika tidak, keadaan ini akan berterusan,” tegasnya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN