4 rakyat Malaysia dari Lebanon tiba di KLIA

4 rakyat Malaysia dari Lebanon tiba di KLIA

Sejak 23 September, Israel melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap apa yang didakwa sebagai sasaran Hezbollah di seluruh Lubnan. - Reuters
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wisma Putra mengesahkan empat rakyat Malaysia telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lebanon pagi ini.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba petang ini.

Menurut kenyataan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Beirut telah memudah cara pelepasan mereka dari bandar berkenaan melalui pesawat komersial.

“Usaha sedang giat dijalankan untuk memastikan baki rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang masih berada di Lebanon, berjumlah 16 orang dievakuasi dengan selamat.

“Kementerian ini komited sepenuhnya memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di Lebanon. Kedutaan Besar Malaysia di Beirut akan terus memantau keadaan dan menyediakan bantuan yang diperlukan,” kata kenyataan itu.

Semalam, Duta Besar Malaysia ke Lebanon, Azri Mat Yacob yang mengesahkan perkembangan itu berkata, mereka merangkumi tiga pelajar, seorang pekerja bantuan dan seorang lagi bekerja di negara itu.

Katanya, ketika ini terdapat 16 individu yang sedang menunggu untuk dihantar pulang ke tanah air dengan semuanya berkeluarga dan menetap di Lebanon.

Kelmarin, Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, sembilan rakyat Malaysia sudah meninggalkan Lebanon secara sukarela berikutan situasi yang semakin meruncing di negara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya