37 maut, 151 cedera dalam serangan di Lubnan - Utusan Malaysia

37 maut, 151 cedera dalam serangan di Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Seramai 37 orang dilaporkan terkorban manakala 151 yang lain cedera dalam serangan udara Israel di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu, kata Kementerian Kesihatan Lubnan menerusi kenyataan hari ini.

Antara yang terkorban termasuk sembilan penduduk sebuah apartmen di ibu negara Lubnan, menurut kenyataan itu.

Israel melancarkan serangan di kawasan yang kononnya dikatakan mempunyai kehadiran kumpulan Hezbollah sejak akhir September lalu.

Serangan lewat Rabu itu berlaku tanpa sebarang amaran dan mengenai sebuah bangunan yang terletak berhampiran ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pejabat Perdana Menteri, serta Parlimen.

Unit Pertahanan Awam Hezbollah memaklumkan tujuh anggotanya turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Israel juga turut melancarkan pencerobohan darat ke Lubnan bagi memburu Hezbollah, selain melancarkan serangan di Gaza yang mengakibatkan puluhan terkorban, termasuk kanak-kanak.

Pertempuran antara Israel dan Hezbollah di sempadan Lubnan berlaku hampir setiap hari, sejak sehari selepas serangan rentas sempadan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Israel mengisytiharkan perang terhadap pejuang Hamas di Semenanjung Gaza sebagai tindak balas.

Lebih 41,000 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh di wilayah tersebut, dengan separuh daripada mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, menurut pegawai kesihatan tempatan.

Di Lubnan, hampir 2,000 orang terkorban setakat ini, dan orang ramai diminta untuk mengikuti perkembangan dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan masing-masing. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya