28 sekolah di Pulau Pinang terima sumbangan peralatan bola sepak

28 sekolah di Pulau Pinang terima sumbangan peralatan bola sepak

Ketua Pegawai Eksekutif ShekhinahPR, Christopher Raj (empat dari kanan) menyampaikan bola kepada Lim Guan Eng sebagai simbolik penyerahan sumbangan kepada 28 sekolah di Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG: ShekhinahPR menerusi Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang menghulurkan sumbangan 200 biji bola sepak dan peralatan bola sepak kepada 28 buah sekolah jenis kebangsaan Tamil di sekitar Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Naib Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang, Senator Dr. Lingeshwaran R. Arunasalam bersama Ketua Pegawai Eksekutif ShekhinahPR, Christopher Raj dengan disaksikan oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Ahli Parlimen Bagan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Lim Guan Eng.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang, Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji; Naib Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang, Kumaran Krishnan dan Pengurus Besar Penang FC yang juga Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League, Jeffery Chew.

Christopher berkata, sumbangan ini bertujuan untuk pembangunan sukan bola sepak di peringkat sekolah dan akar umbi Pulau Pinang selain dalam membantu menaikkan lagi minat serta impian anak-anak tempatan menceburi sukan bola sepak.

“Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya berharap sumbangan bola sepak dan peralatan bola sepak ini akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan bakat-bakat muda di Pulau Pinang.

“Malah ShekhinahPR akan terus komited dalam membantu pembangunan sukan, khususnya bola sepak di Pulau Pinang yang mana kami akan terus bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan dalam memastikan setiap bakat tempatan yang ada diberi peluang serta platform yang terbaik untuk berkembang dan diketengahkan,” katanya.

Christopher turut berharap sumbangan berkenaan mampu menyuntik semangat anak-anak muda Pulau Pinang menggapai impian sebagai pemain negeri seterusnya pemain kebangsaan yang melonjakkan nama negara ke persada lebih tinggi suatu hari nanti.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya