NEW DELHI: Pasukan Keselamatan India menembak mati 28 pemberontak Maoist dalam satu pertempuran bersenjata di negeri Chhattisgarh, Jumaat lalu. Negeri itu merupakan kawasan pusat gerakan pemberontak tersebut yang mendakwa mereka berjuang demi komuniti luar bandar dan suku yang tertindas. Insiden itu berlaku hanya beberapa hari selepas Menteri Dalam Negeri India memberi amaran kepada pemberontak untuk menyerah diri atau berdepan serangan habis-habisan. Lebih 10,000 orang terkorban dalam pemberontakan yang berlangsung selama beberapa dekad oleh gerakan Naxalite di kawasan pedalaman yang kaya dengan sumber di India. Namun, pemberontakan tersebut mengecil dengan ketara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya