22 wanita, kanak-kanak maut di kem Jabalia - Utusan Malaysia

22 wanita, kanak-kanak maut di kem Jabalia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Seramai 22 orang termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh akibat serangan Israel di kem pelarian Jabalia di utara Gaza.

Ketika jumlah kematian meningkat pada Sabtu, tentera Israel mengeluarkan arahan pemindahan ke utara Gaza dengan arahan untuk penduduk berhampiran Jabalia berpindah ke selatan.

Minggu lalu, tentera Israel melancarkan serangan maut di kawasan Jabalia yang kononnya bertujuan menghalang kumpulan Hamas berkumpul semula.

Serangan itu memerangkap ribuan orang awam Palestin, menurut Doctors Without Borders.

Semalam, Hamas menyelar tindakan tentera Israel dan menegaskan pembunuhan beramai-ramai adalah kesinambungan jenayah yang berterusan terhadap rakyat Palestin yang dilindungi oleh sokongan Amerika Syarikat.

Serangan yang mencederakan lebih 90 orang adalah percubaan untuk menghukum penduduk kerana menolak arahan untuk berpindah. -AL JAZEERA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya