2,000 peserta meriahkan larian Jelajah ANMS Selangor

2,000 peserta meriahkan larian Jelajah ANMS Selangor

PARA peserta melakukan aksi pemanas badan sebelum memulakan acara Fun Run dan Fun Walk dalam Jelajah ANMS di KSL Esplanade Mall, Klang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seramai 2,000 peserta menghangatkan acara Fun Run dan Fun Walk di bawah program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat Selangor 2024, yang berlangsung di KSL Esplanade Mall, di sini semalam.

JAMALIAH berucap dalam majlis perasmian Jelajah ANMS peringkat Selangor di KSL Esplanade Mall, Klang.

Exco Kesihatan Awam & Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, ANMS merupakan agenda negara dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera.

Jelasnya, penganjuran Jelajah ANMS ini merupakan satu iltizam Kementerian Kesihatan (KKM) melalui semua Jabatan Kesihatan Negeri bagi mengetengahkan agenda Malaysia Sihat Sejahtera.

“Bagi memastikan pelaksanaan ANMS mencapai kejayaan sehingga ke peringkat akar umbi, libat urus dan kerjasama strategik hendaklah diperkukuhkan melalui penglibatan aktif daripada pelbagai agensi termasuklah pihak swasta dan juga NGO.

“Usahasama secara holistik ini juga secara tidak langsung akan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan sedia ada ke tahap yang lebih optimum,” katanya dalam ucapan seamasa merasmikan program tersebut.

Jelajah tersebut mendapat kerjasama pelbagai pihak seperti KSL Esplanade, Persatuan Senamrobik Selangor, Gardeinia, KPDNKK, Kao Malaysia, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangir, Rela dan badan bukan kerajaan (NGO) MyChampion.

Antara lain seperti, Radio Selangor, Decathlon, Bengkel Daya Klang, Persatuan Kebajikan Kanser Payudara, Persatuan Lestari Alam, Earth Home, Believe Fitness, KK Merchant Services, Anuar dan gallery.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya