KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memilih untuk memberi keterangan bela diri secara bersumpah dari kandang saksi atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB.
Dengan pilihan itu, Najib boleh disoal balas oleh pihak pendakwaan.
Mahkamah kini sedang membaca keputusan membabitkan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL