193 sindiket dadah tumpas 

193 sindiket dadah tumpas 

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan operasi berterusan dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berupaya membanteras pengedaran dadah dengan lebih komprehensif. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebanyak 193 sindiket dadah ditumpaskan dengan penahanan 612 ahlinya dalam tempoh kajian bermula Januari hingga September lalu.

Kata beliau, secara perbandingan, terdapat penurunan bagi tempoh sama pada tahun lalu yang merekodkan sejumlah 245 sindiket  ditumpaskan dengan seramai 791 ahli sindiket ditangkap.

“Dari aspek rampasan pula, sejumlah 8,996.1 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah dan 4,749.05 liter pelbagai jenis cecair dadah serta 39,105.37 kg daun ketum serta 43,499.85 liter air ketum dirampas dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

“Secara keseluruhan, jumlah rampasan itu berjaya menyekat penggunaan dadah kepada seramai 44.98 juta pengguna,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara bagi bulan Oktober 2024 anjuran JSJN di Bukit Aman, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Razarudin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin serta seluruh warga JSJN atas kejayaan melumpuhkan lima sindiket dadah yang  beroperasi di sekitar Lembah Klang, Johor dan Kelantan sepanjang tempoh dua minggu lalu. 

“Saya difahamkan,menerusi operasi dan serbuan yang dijalankan bermula 1 hingga 12 Oktober lalu, seramai 13 ahli sindiket diberkas dan merampas sejumlah 1,418 kg dadah bernilai RM75 juta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya