130 maut, hilang akibat banjir dan tanah runtuh di Filipina

130 maut, hilang akibat banjir dan tanah runtuh di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TALISAY: Jumlah korban dan mangsa hilang akibat banjir besar dan tanah runtuh yang melanda Filipina susulan Ribut Tropika Trami kini mencecah hampir 130 orang.

Ribut Trami yang melanda barat laut Filipina Jumaat lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 85 orang dan menyebabkan 41 yang lain hilang.

Agensi bencana kerajaan memaklumkan jumlah kematian dijangka meningkat apabila laporan dari kawasan yang terputus hubungan mula diterima.

Puluhan anggota polis, bomba, serta pasukan penyelamat bersama tiga mesin pengorek dan anjing pengesan bertungkus lumus mencari mangsa di Talisay, Batangas.

Lebih lima juta orang berada di laluan ribut, dengan hampir setengah juta ditempatkan di lebih 6,300 pusat perlindungan sementara.

Dalam mesyuarat kabinet kecemasan, Marcos melahirkan kebimbangan mengenai ribut tersebut, yang merupakan ribut ke-11 tahun ini, yang mungkin membuat pusingan-U minggu depan, akibat angin bertekanan tinggi dari Laut China Selatan.

Kerajaan Filipina menutup sekolah dan pejabat kerajaan buat hari ketiga pada Jumaat lalu, serta menghentikan perkhidmatan feri antara pulau, menyebabkan ribuan terjejas.

Cuaca bertambah baik pada Sabtu, membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan di kebanyakan kawasan.

Setiap tahun, Filipina, yang terletak di antara Lautan Pasifik dan Laut China Selatan, menerima sekitar 20 ribut dan taufan.

Pada 2013, Taufan Haiyan yang merupakan salah satu ribut tropika terkuat, telah menyebabkan lebih 7,300 orang mati atau hilang dan memusnahkan seluruh kampung. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya