10 juta penduduk Cuba bergelap akibat terputus bekalan elektrik

10 juta penduduk Cuba bergelap akibat terputus bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAVANA: Seramai 10 juta penduduk di Cuba hidup dalam kegelapan akibat bekalan elektrik terputus yang berpunca dari loji tenaga utama yang gagal berfungsi. 

Kementerian Tenaga menerusi media sosial mengumumkan grid kuasanya mengalami kerosakan, Jumaat lalu.

Pihaknya berkata, mereka tidak tahu berapa lama masa yang diperlukan untuk memulihkan kuasa bekalan elektrik berkenaan.

Khamis lalu, pulau itu terputus bekalan elektrik selama berbulan-bulan, sehingga Perdana Menteri mengisytiharkan ‘kecemasan tenaga’.

Insiden bekalan elektrik terputus sepenuhnya berlaku pada Jumaat lalu, selepas loji kuasa Antonio Guiteras di Matanzas yang terbesar di pulau itu tidak beroperasi.

Presiden, Miguel Díaz-Canel Bermúdez berkata, situasi itu adalah ‘keutamaan mutlak’ beliau.

“Tiada rehat sehingga bekalan elektrik dipulihkan,” tulisnya di X.

Ketua Bekalan Elektrik di Kementerian Tenaga, Lazara Guerra berkata, proses memulihkan bekalan elektrik masih di peringkat awal.

Jelasnya, ‘ada beberapa tahap penjanaan elektrik’ yang akan digunakan untuk memulakan operasi loji kuasa di beberapa kawasan di negara itu.

Pegawai mengumumkan semua operasi persekolahan dan aktiviti tidak penting, termasuk kelab malam, akan ditutup sehingga Isnin ini. 

Golongan pekerja dalam sektor yang tidak penting disarankan untuk tinggal di rumah bagi menjaga bekalan elektrik dan perkhidmatan kerajaan yang tidak penting ditangguhkan.

Rakyat Cuba juga disarankan untuk mematikan alat elektrik berkeperluan tinggi seperti peti sejuk dan ketuhar semasa waktu puncak, menurut media tempatan. -BBC 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya