Ziyad akur dengan pingat perak

Ziyad akur dengan pingat perak

MUHAMMAD Ziyad Zolkefli meraih pingat perak menerusi acara akhir lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) Sukan Paralimpik Paris 2024 di Stade de France, semalam. - IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli terpaksa menamatkan saingan Sukan Paralimpik Paris 2024 selaku naib juara menerusi acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual), sebentar tadi.

Atlet pilihan utama itu mengesahkan pingat perak menjadi miiknya selepas mencatat lontaran sejauh 17.18 meter (m) pada cubaan ketiga.

Atlet berusia 34 tahun itu bagaimanapun, terpaksa akur dengan kehebatan wakil dari Ukraine, Oleksandr Yarovyi yang berhasil mencatat 17.61m untuk membawa pulang pingat emas.

Lontaran hebat Yarovyi sekali gus memecah rekod dunia selepas mengatasi rekod rakan sepasukannya Maksym Koval dengan catatan 17.34m pada edisi di Tokyo 2020.

Pingat gangsa menjadi milik Koval selepas mencatat lontaran sejauh 16.99m.

Pada edisi lalu, Ziyad pulang dengan tangan kosong biarpun mencatat lontaran 17.94m untuk meraih emas.

Namun pingat terbabit ditarik semula berikutan beliau lewat melaporkan diri ke bilik menunggu.

Kontinjen Malaysia kini berhasil mengutip tiga pingat menerusi Cheah Liek Hou (emas), Eddy Bernard (gangsa) dan Ziyad (perak). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya