HARARE: Zimbabwe memberi kelulusan untuk membunuh 200 ekor gajah di negara ini untuk diberi makan kepada penduduknya yang kebuluran akibat bencana kemarau terburuk dalam tempoh berpuluh-puluh tahun. Jurucakap Pihak Berkuasa Taman dan Hidupan Liar Zimbabwe, Tinashe Farawo memberitahu CNN, pihaknya terpaksa mengambil langkah itu selepas hampir separuh daripada populasi negara ini menghadapi risiko kelaparan. “Sebelum ini, Namibia juga membunuh gajah dan haiwan liar lain bagi mengatasi masalah kekurangan makanan akibat kemarau berpanjangan,” katanya. Zimbabwe memiliki 84,000 ekor gajah dan merupakan negara kedua di dunia dengan bilangan terbanyak haiwan itu selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya