Zii Jia di kedudukan ketiga terbaik dunia

Zii Jia di kedudukan ketiga terbaik dunia

LEE Zii Jia menewaskan pemain negara, Justin Hoh 21-16, 12-21, 21-17 pada perlawanan pusingan pertama Masters Jepun 2024, di Gimnasium Wilayah Kumamoto, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia kini berada di kedudukan ketiga terbaik dunia berdasarkan kemas kini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan pada hari ini.

Pemenang gangsa Olimpik Paris 2024 itu menggantikan Jonatan Christie dari Indonesia yang jatuh pada kedudukan ketujuh selepas beberapa bulan terakhir yang mengecewakan.

Zii Jia kini berada di belakang pemain Denmark, Viktor Axelsen di tempat kedua manakala Shi Yuqi dari China di kedudukan No. 1 dunia.

Sebagai rekod, kedudukan terbaik yang pernah dihuni oleh Zii Jia adalah di tangga kedua pada 25 Oktober 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya