GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan kelulusan vaksin MVA-BN sebagai vaksin mpox pertama yang dimasukkan ke dalam senarai prakelayakan. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, vaksin yang dibangunkan oleh Bavarian Nordic A/S itu dijangka dapat meningkatkan akses kepada vaksin di kawasan yang menghadapi wabak mendesak, terutamanya di Afrika. Jelasnya, kelulusan prakelayakan itu dijangka membantu usaha untuk mengurangkan penularan dan mengawal penyebaran penyakit itu. “Prakelayakan pertama vaksin terhadap mpox ini adalah langkah penting dalam perjuangan kita memerangi penyakit ini, baik dalam konteks wabak semasa di Afrika dan pada masa hadapan,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya