Wanita maut jatuh lubang sedalam enam kaki

Wanita maut jatuh lubang sedalam enam kaki

ANGGOTA bomba dilihat bertungkus-lumus untuk membawa keluar seorang wanita yang dipercayai terjatuh ke dalam satu lubang saluran air sedalam enam kaki di Cherok Tokun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.-GAMBAR/EHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Seorang wanita maut dipercayai selepas terjatuh ke dalam satu lubang saluran air sedalam enam kaki atau hampir dua meter, di sini.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa, Oh Ai Chin, 50, dilaporkan sedang menjalankan aktiviti mendaki bukit di Stesen Gelombang Mikro, Jalan Kolam Cherok Tokun, tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.59 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, seramai enam anggota termasuk penyelia terlibat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam terlibat dalam operasi tersebut.

“Selain anggota bomba, operasi turut dibantu oleh sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa (daripada lubang saluran air) kemudian dijalankan sebelum mangsa diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, ketika kejadian, kawasan pendakian itu agak licin kerana hujan lebat khususnya telah berlaku pada sebelah pagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya