SHANGHAI: Seorang wanita di China yang mempunyai dua rahim, selamat melahirkan anak kembar berbeza jantina dari kedua-dua organ peranakan itu awal bulan ini, dalam kes yang sangat jarang berlaku di dunia. Menurut portal berita South China Morning Post, wanita yang bernama Li itu mempunyai dua rahim yang terbentuk sepenuhnya, keadaan yang dialami hanya 0.3 peratus wanita di seluruh dunia. Lebih luar biasa, Li selamat melahirkan sepasang kembar lelaki dan perempuan di Hospital No 4 Xi’an di wilayah Shaanxi, ketika usia kandungan lapan bulan setengah. Seorang Pakar Obstetrik Kanan di hospital…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya