Walkie-talkie serang Hezbollah bukan buatan Jepun

Walkie-talkie serang Hezbollah bukan buatan Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Firma Icom di Jepun mengumumkan pihaknya telah berhenti mengeluarkan model radio yang dilaporkan digunakan dalam siri letupan di Lubnan, sejak 10 tahun lalu.

Sebaliknya, pihaknya berkata, produk untuk pasaran luar negara dijual secara eksklusif melalui pengedar sahnya dan program eksportnya adalah berdasarkan peraturan kawalan perdagangan keselamatan Jepun.

“IC-V82 ialah radio pegang tangan yang dihasilkan dan dieksport, termasuk ke Asia Barat, dari 2004 hingga Oktober 2014.

“Ia telah dihentikan kira-kira 10 tahun lalu, dan sejak itu, ia tidak dihantar daripada syarikat kami.

“Semua radio kami dihasilkan di anak syarikat pengeluaran kami, Wakayama Icom Inc, di wilayah Wakayama menerusi sistem pengurusan yang ketat. Jadi tiada bahagian selain yang ditentukan oleh syarikat kami digunakan dalam sesuatu produk.

“Selain itu, semua radio kami dikeluarkan di kilang yang sama dan kami tidak mengeluarkannya di luar negara,” kata Icom dalam kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan 20 terbunuh dan lebih 450 yang lain cedera akibat gelombang kedua letupan daripada peranti komunikasi tanpa wayar di Lubnan.

Dalam kejadian semalam, walkie-talkie yang digunakan Hezbollah meletup di kawasan pinggir selatan Beirut, di Lembah Bekaa dan selatan Lubnan, kawasan yang dianggap kubu kuat kumpulan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN