Trump, Harris digesa bawa pulang tebusan AS di Gaza

Trump, Harris digesa bawa pulang tebusan AS di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Menjelang debat presiden Amerika Syarikat (AS) awal pagi esok, waris beberapa tebusan yang ditahan di Gaza menyeru Donald Trump dan Kamala Harris menawarkan idea baharu bagi memastikan pembebasan segera anggota keluarga mereka.

Menurut laporan CNN, keluarga tiga warganegara AS yang ditahan di Gaza menyatakan kekecewaan kerana usaha membebaskan ahli keluarga mereka dalam tempoh 11 bulan lalu belum berjaya.

“Kami mahu mendengar bahawa mereka benar-benar ambil peduli. Kami mahu mendengar calon ini memahami dan mengakui masih terdapat tujuh rakyat Amerika dalam tahanan dan AS komited membawa mereka pulang,” kata Ronen Neutra.

Neutra adalah warganegara AS-Israel dari New York, dengan anak lelakinya Omer, 22, seorang askar Israel yang diculik pejuang Hamas semasa serangan 7 Oktober tahun lalu.

Harapan sama turut diluahkan Adi Alexander iaitu bapa kepada Edan, 20, yang turut berkhidmat sebagai tentera Israel ketika ditahan Hamas di Gaza.

“Mungkin perjanjian yang dicadangkan oleh Presiden Joe Biden pada bulan Disember lalu adalah bagus pada masa itu, tetapi mungkin kita memerlukan sesuatu yang berbeza sekarang,” katanya.

Lapor CNN, semua ahli keluarga berharap pentadbiran Biden, Trump atau Harris boleh mencari inisiatif kreatif untuk meningkatkan tekanan terhadap Hamas dan Israel supaya mencapai perjanjian baharu.

Mereka menggesa pendekatan baharu yang perlu merangkumi usaha AS mencari titik tekanan terhadap Hamas dan sekutunya, Iran serta negara lain yang berpengaruh seperti Mesir, Turkiye dan Qatar, untuk membantu memudahkan rundingan.

Insentif seperti perjanjian perdagangan, pengurangan sekatan dan pertukaran banduan antarabangsa juga perlu dinilai, menurut keluarga tebusan kepada CNN.

Malah, terdapat sokongan dalam kalangan keluarga tebusan AS untuk Washington mengenakan tekanan lebih tegas terhadap Israel dan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, yang dituduh menghalang rundingan tebusan untuk mengikut telunjuk golongan pelampau.

Mereka turut menyarankan Washington untuk mengurangkan bantuan diplomatik, kewangan dan ketenteraan kepada Israel sebagai cara mendorong Netanyahu bersetuju mencapai perjanjian.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya