MADRID: Satu fenomena baharu tular dalam media sosial yang melibatkan kod rahsia berasaskan buah-buahan sehingga mencetuskan kegilaan dalam kalangan golongan bujang di Sepanyol. Situasi itu mencetuskan kekacauan sehingga memaksa pihak polis untuk campur tangan. Fenomena tercetus di sebuah pasar raya Mercadona apabila ramai pengunjung yang tertarik untuk mengunjungi premis itu antara pukul 7 malam hingga 8 malam, dipercayai sebagai masa terbaik untuk mencari jodoh. Mereka hanya perlu meletakkan buah nanas terbalik dalam troli yang dibawa sebagai ‘tanda’ mencari pasangan. Fenomena ini dicetuskan oleh pelakon dan pelawak, Vivy Lin yang memuat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya