Tiga pasukan Liga Super didenda RM15,000

Tiga pasukan Liga Super didenda RM15,000

MFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara tidak melengkapkan laporan kewangan kepada badan bebas Financial Fair Play First Instance Body (FFP FIB) telah menyebabkan tiga kelab Liga Super didenda RM15,000.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan berkata FFP FIB telah menerima dokumentasi yang diserahkan oleh semua kelab Liga Super dan mendapati 10 pasukan telah berjaya melakukannya.

“Bagaimanapun tiga kelab pula tidak berjaya dalam proses melengkapkan laporan kewangan itu disebabkan mempunyai tunggakan gaji serta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Oleh itu, sekatan perpindahan pemain sebelum jendela kedua perpindahan pemain musim 2024-2025 telah dikenakan ke atas kelab-kelab terlibat.

“Namun selepas 30 hari sekatan perpindahan pemain pada jendela kedua perpindahan pemain musim 2024-2025 dikenakan kepada tiga kelab tersebut, MFL FFP masih belum menerima sebarang penyelesaian terhadap tunggakan itu atau mendapat persetujuan bersama kedua-dua pihak dan menghantar bukti kepada FIB FFP.

“Maka FIB FFP telah menjatuhkan denda dengan serta merta sebanyak RM 15,000 kepada kelab tersebut,” katanya.

Tiga kelab tersebut diberi tempoh 30 hari selewatnya sebelum atau pada 25 Oktober ini untuk menyelesaikan segala tunggakan tersebut.

Kegagalan, keengganan dan atau kecuaian tiga kelab ini untuk berbuat demikian seperti yang ditetapkan boleh menyebabkan mereka dibawa ke Jawatankuasa FIB bagi tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN