Tiga anggota polis terbunuh dalam serangan di Iran

Tiga anggota polis terbunuh dalam serangan di Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Tiga anggota polis terbunuh pada Khamis dalam satu serangan di tenggara Iran yang didakwa dilakukan oleh kumpulan jihad aktif di rantau itu, lapor agensi berita rasmi negara tersebut.

Menurut laporan agensi berita IRNA, tiga anggota pasukan polis terbunuh dan seorang awam cedera dalam serangan oleh penjenayah bersenjata di Mirjaveh, wilayah Sistan dan Baluchestan.

Wilayah Sistan dan Baluchestan merupakan salah satu kawasan termiskin di Iran dan majoriti penduduknya terdiri daripada komuniti minoriti Baloch yang kebanyakannya menganut Islam Sunni, berbeza dengan majoriti penduduk Iran yang berfahaman Syiah.

IRNA turut melaporkan pegawai polis tersebut diserang di sebuah stesen minyak.

Kumpulan Jihad Sunni berpangkalan di Pakistan, Jaish Al-Adl mengaku bertanggungjawab atas serangan itu melalui satu hantaran di Telegram.

Kumpulan yang sama juga mengaku bertanggungjawab atas serangan bulan lalu yang mengorbankan ketua jabatan siasatan jenayah di bandar Khash, wilayah Sistan dan Baluchestan.

Selain itu, Jaish Al-Adl turut mendakwa bertanggungjawab atas dua serangan pada April lalu di wilayah sama sehingga mengakibatkan 10 anggota pasukan keselamatan terkorban.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN