Tiada ruang untuk kesilapan - Fonseca

Tiada ruang untuk kesilapan – Fonseca

PAULO FONSECA - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN SIRO: AC Milan perlu tampil sempurna daripada segi pertahanan ketika melayan kunjungan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dalam pembukaan Liga Juara-Juara kata pengurus Paulo Fonseca.

Juara eropah tujuh kali, Milan kini berada di tangga kesembilan Serie A, menang sekali daripada empat perlawanan dan akan menyambut Liverpool.

Liverpool menang tiga aksi pertama EPL di bawah jurulatih baharu, Arne Slot tanpa bolos telah dikejutkan dengan kekalahan 1-0 kepada Nottingham Forest di Anfield pada Sabtu lalu dan kini berada di kedudukan keempat liga.

“Saya rasa Liverpool adalah salah satu pasukan terkuat di Eropah. Mereka mempunyai permainan yang baik dan individu yang kuat. Kami perlu sempurna daripada segi pertahanan, tidak boleh membuat sebarang kesilapan. 

“Saya melihat ini sebagai peluang untuk menunjukkan kemajuan kami. Ia akan membawa kami untuk melakukan perkara-perkara yang berbeza… tetapi juga untuk membuktikan nilai kami.

“Saya pasti ia akan berlaku, sokongan peminat sentiasa penting bagi kami. Esok akan menjadi seperti itu, kami mahu merasai kasih sayang mereka,” kata Fonseca kepada wartawan.

Selepas ini, Milan akan bertemu seteru mereka, Inter Milan dalam aksi Serie A pada Ahad ini dan jurulatih dari Portugal itu tetap berahsia mengenai sebarang kemungkinan perubahan skuad.

Milan telah kehilangan pemain tengah, Ismael Bennacer yang menjalani pembedahan pada betis kanannya dan tempoh pemulihan untuk pemain Algeria berusia 26 tahun itu dianggarkan selama empat bulan.

“Kami mempunyai banyak perlawanan dan saya perlu memikirkan semuanya. Esok pasti yang paling penting kerana ia adalah perlawanan seterusnya, tetapi saya tidak boleh lupa bahawa pada hari Ahad ini ada derby,” kata Fonseca.

Pemain baharu Milan, Alvaro Morata menyertai pasukan itu pada Julai lalu dengan kontrak empat tahu dijangka diturunkan menentang Liverpool. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN