BANGKOK: Thailand mencadangkan satu rang undang-undang (RUU) baharu yang bertujuan mengawal industri kanabis dan mengehadkan penggunaan ganja hanya untuk tujuan perubatan dan kesihatan. RUU itu diterbitkan awal minggu ini (16 hingga 18 September) oleh Kementerian Kesihatan Awam, hanya beberapa hari selepas pentadbiran baharu Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra mengambil alih tampuk pemerintahan. Usul itu adalah langkah terkini kerajaan untuk mengawal penggunaan rekreasi ganja selepas beberapa kali dasar berkaitan ganja diubah. Berdasarkan RUU itu, kanabis dan ekstraknya hanya dibenarkan untuk rawatan perubatan dan penyelidikan oleh agensi kerajaan serta penggunaannya dalam produk herba,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya