TFC tidak berhasrat dapatkan khidmat import baharu

TFC tidak berhasrat dapatkan khidmat import baharu

SENTUHAN Penyudah penyerang import,Ismaheel Akinade diharapkan Terengganu untuk merobek gawang Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) tidak berhasrat mendapatkan khidmat awang import baharu meskipun Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membenarkan pasukan itu mendaftar sehingga 12 pemain asing.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC (TFC), Mohd. Sabri Abas, berkata, pihaknya menyambut baik perubahan dibuat MFL itu dalam usaha memperkasa wakil negara di kejohanan antarabangsa.

Mohd. Sabri berkata, bagaimanapun TFC akan meneruskan cabaran dalam saingan Kejuaraan Kelab Asean (ACC) dengan skuad sedia ada tanpa kelibat awang import baharu.

“TFC melihat perubahan MFL itu dari sudut positif iaitu memperkuatkan empat pasukan Liga Super menghadapi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) dan ACC.

“Tetapi kami tiada perancangan membawa masuk tonggak baharu memandangkan tempoh pendaftaran pemain bagi ACC sudah ditutup dan hanya dibuka semula tahun depan.

“Tambahan dua kuota pemain asing itu juga hanya dibenarkan beraksi di Piala MFL untuk saingan domestik, jadi TFC akan teruskan saingan ACC dengan pemain sedia ada,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah Mohd. Sabri, TFC juga gagal dalam rayuannya untuk mendaftarkan penyerang baharu, Nelson Bonilla, bagi menghadapi ACC disebabkan tempoh pendaftaran pemain yang sudah ditutup.

Terdahulu MFL membenarkan Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, KL City FC dan TFC mendaftar sehingga 12 pemain asing berbanding 10 pemain untuk berentap dalam saingan ACLE, ACL2 dan ACC.

Perubahan itu dibuat susulan keputusan terbaharu Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang memperkenalkan peraturan pendaftaran pemain asing tanpa had di dalam pertandingan kelab anjurannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya