Tentera Russia serang Pusat Geriatrik Ukraine - Utusan Malaysia

Tentera Russia serang Pusat Geriatrik Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Tentera Russia menyerang Pusat Geriatrik di bandar Sumy, Ukraine dan menyasarkan sektor tenaganya dalam gelombang serangan udara sehingga meragut nyawa seorang rakyat awam. 

Semasa serangan pada waktu siang di bandar itu, bom berpandu milik Russia mengenai bangunan lima tingkat, kata pegawai wilayah dan tentera. 

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan serangan turut menyebabkan 12 individu mengalami kecederaan. 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, pasukan penyelamat menjalankan pemeriksaan sama ada orang ramai terperangkap di bawah runtuhan. 

Imej dari laman web menunjukkan pesakit warga emas dipindahkan dari bangunan yang rosak. 

Dalam ucapan video, Zelensky berkata, Russia melancarkan 90 serangan peluru bom berpandu dalam tempoh 24 jam lalu. 

Beliau berkata, tentera Ukraine berjaya mengurangkan potensi serangan di wilayah Donetsk, walaupun keadaan kekal sukar di kawasan yang mengalami serangan paling teruk, berhampiran bandar Pokrovsk dan Kurakhove. 

Badan Pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, serangan terhadap grid kuasa mungkin melanggar undang-undang kemanusiaan, manakala, Agensi Tenaga Antarabangsa dalam laporan menyatakan kekurangan bekalan elektrik Ukraine pada musim sejuk yang kritikal boleh mencapai satu pertiga daripada jangkaan permintaan puncak. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN