Ten Hag ‘tewas’ lagi

Ten Hag ‘tewas’ lagi

ERIK Ten Hag
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UTRECHT: Erik Ten Hag terpaksa menelan kekecewaan apabila berdepan satu lagi kekalahan apabila beliau mengendalikan bekas kelabnya FC Utrecht pada satu perlawanan testimonial, kelmarin.

Kekalahan terbaharu Manchester United di tangan Liverpool dan Brighton sekali gus menambah tekanan buat pengendali dari Belanda itu.

Perlawanan terbabit dianjurkan untuk memperingati ikon kelab Mark van der Maarel, yang bersara baru-baru ini selepas 15 tahun beraksi di Stadium Galgenwaard.

Van der Maarel, 35, menghabiskan sepanjang karier profesionalnya bersama kelab itu sekali gus menjadikan popular dalam kalangan peminat dan rakan sepasukan.

Ten Hag bersetuju untuk mengurus pasukan bekas pemain Utrecht menentang bekas kelabnya yang mana beliau pernah beraksi semusim pada tahun 1995 sebelum kembali sebagai pengurus selama dua tahun pada 2015.

Perlawanan itu juga memberi peluang kepada Ten Hag untuk kembali mencatat kemenangan sebelum beliau kembali menggalas tugasnya semula di Carrington, awal minggu ini.

Pertahanan tengah Van der Maarel terpaksa menunggu minit akhir permainan untuk menjaringkan gol sekali gus menjadi kedudukan terakhir 2-1.

Untuk rekod, Van der Maarel beraksi 397 perlawnanan rasmi untuk Utrecht selepas penampilan sulungnya pada 2009 bersama kelab Eredivisie itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya