Ten Hag tak bimbang dipecat Manchester United

Ten Hag tak bimbang dipecat Manchester United

MANCHESTER United mengumumkan Erik Ten Hag telah meninggalkan peranannya sebagai ketua jurulatih pasukan berkenaan.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Erik Ten Hag menegaskan yang dia tidak risau dipecat dan kehilangan kerja selepas Manchester United dimalukan di Old Trafford apabila tewas 3-0 kepada Tottenham semalam.

Ten Hag berjaya mengekalkan jawatannya sebagai pengendali pada musim panas lalu tetapi kini kembali ditekan selepas United tewas dua kali berturut-turut di laman sendiri dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Terdahulu, Liverpool menjadi pasukan pertama menewaskan United di Old Trafford dengan jaringan sama 3-0.

BRUNO Fernandes dibuang padang.-AFP

Ditanya sama ada bimbang dengan masa depannya, pengendali dari Belanda itu berkata dia langsung tidak memikirkan tentang perkara berkenaan.

“Tidak, saya tidak memikirkan tentangnya (hilang kerja). Kami membuat keputusan untuk kekal bersama pada musim panas.

“Kami juga membuat keputusan terhadap apa yang perlu ditingkatkan sebagai satu organisasi tetapi kami sedar ia akan mengambil masa.

“Kami semua sependapat, pemilik, pengarah, kakitangan dan pemain-pemain. Saya tidak risau tentang itu. Akan ada perlawanan baharu, hari yang baharu. Kami akan bangkit,” kata Ten Hag.

PEMAIN-Pemain Spurs meraikan kemenangan ke atas Manchester United.

United kini tewas tiga daripada enam perlawanan pertama liga musim ini dan menghuni tangga ke-12 di bawah Brentford.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya