KAHERAH: Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran peningkatan keganasan di Tebing Barat akibat perang Israel dan kumpulan pejuang Hamas, berisiko mengheret wilayah itu ke ambang konflik yang sama dengan situasi di Gaza. Diplomat Tertinggi EU, Josep Borrell berkata, keganasan itu boleh menjadikan Tebing Barat sebagai ‘Gaza baharu’. Beliau berkata, Israel sedang membuka barisan baharu dengan objektif jelas untuk mengubah Tebing Barat menjadi Gaza baharu, dengan keganasan yang semakin meningkat dan mendorong provokasi untuk bertindak balas secara paksa. Borrell turut menuduh anggota radikal dalam kerajaan Israel berusaha menghalang untuk mewujudkan negara Palestin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya