Taufan Yagi: Seorang maut di Vietnam - Utusan Malaysia

Taufan Yagi: Seorang maut di Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Sekurang-kurangnya seorang terkorban hari ini selepas taufan Yagi melanda Vietnam.

Ribut terkuat di Asia itu juga menyebabkan banyak pokok tumbang sehingga menghayutkan bot serta kapal ke lautan.

Pusat Ramalan Hidrometeorologi Kebangsaan berkata, taufan itu melanda wilayah Hai Phong dan Quang Ninh dengan kelajuan angin melebihi 149 kilometer sejam.

“Di Hai Phong, bumbung dan papan tanda jalan diterbangkan angin ketika taufan tersebut melanda.

“Di Hai Duong pula, seorang lelaki maut di jalanan selepas ditimpa pokok tumbang,” katanya dalam kenyataan.

Penduduk tempatan, Tran Thi Hoa berkata, sudah lama dia tidak menyaksikan ribut taufan sekuat itu sehingga menakutkan penduduk.

“Bunyi angin dan hujan akibat taufan itu sangat luar biasa. Ia sangat menakutkan.

“Saya hanya tinggal di dalam rumah selepas mengunci semua tingkap,” katanya.

Terdahulu, dua orang terkorban di Hainan, China akibat taufan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN