HANOI: Jumlah kematian akibat Taufan Yagi di Vietnam meningkat 226 orang, menurut agensi bencana kerajaan, ketika banjir di ibu negara Hanoi mula reda. Negara Asia Tenggara itu sedang bergelut dengan impak Taufan Yagi yang melanda pantai timur laut Vietnam sejak Sabtu lalu, dan mengakibatkan lebih 100 orang masih hilang, manakala sekitar 800 orang cedera, menurut laporan agensi tersebut. Beberapa daerah di ibu kota Hanoi masih dilanda banjir pada Khamis, namun agensi cuaca memaklumkan ia telah reda, meskipun banjir kilat dan tanah runtuh masih menjejaskan kawasan di utara Vietnam. Sebelum ini,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya