Taufan Yagi: Amaran banjir kilat di Thailand - Utusan Malaysia

Taufan Yagi: Amaran banjir kilat di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Penduduk Thailand diarah berjaga-jaga dengan ancaman banjir kilat hari ini akibat hujan lebat dibawa Taufan Yagi, selepas ribut tropika berkenaan mengorbankan empat nyawa di Vietnam, kelmarin. 

Jabatan Meteorologi Thailand (TMD) memberi amaran, walaupun Taufan Yagi tidak melanda negara ini, kesannya mengakibatkan hujan lebat di utara, timur laut, timur dan barat daya Thailand termasuk Bangkok dan kawasan berhampiran.

Menurut jabatan itu lagi, selain hujan lebat, angin kencang dan kilat juga turut direkod di seluruh negara.

Di bahagian tengah Thailand, Jabatan Pengairan Diraja memberi amaran banjir di 11 wilayah ekoran paras air yang meningkat di Empangan Chao Phraya.

Amaran itu membabitkan Bangkok, Uthai Thani, Chai Nat, Sing Buri, Ang Thong, Ayutthaya, Suphan Buri, Lop Buri, Pathum Thani, Nonthaburi dan Samut Prakan.

Yagi, yang dikategorikan sebagai ribut tropika terkuat di Asia tahun ini, dijangka melemah kepada ribut tropika.

Di Vietnam, Yagi melanda wilayah Hai Phong dan Quang Ninh di utara negara itu dengan angin berkelajuan 203 kilometer sejam.

Angin kuat dan serpihan yang berterbangan merosakkan bangunan serta kenderaan selain mengakibatkan gangguan bekalan elektrik di ibu negara, Hanoi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya