Tangan Johan Ghazali patah sebelum tumbangkan Cruz

Tangan Johan Ghazali patah sebelum tumbangkan Cruz

KEADAAN tangan Johan yang dikongsikannya di media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar mengalami kecederaan serius di bahagian tangannya sebelum menewaskan lawan dari Mexico, Josue Cruz Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Johan atau lebih dikenali dengan panggilan Jojo meneruskan pertarungan ONE 168: Denver dan sanggup menahan sakit demi mengharumkan nama Malaysia.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Johan di Instagram Story dengan memuat naik video keadaan tangannya yang mengalami kecederaan itu enam minggu sebelum pertarungan dengan Cruz.

“Inilah tangan Jojo yang patah sebelum lawan lagi dah patah. Jojo hampir tarik diri dan ramai tak tahu.

“Tetapi, Alhamdulillah Allah bagi semangat,” katanya yang bersyukur sempat pulih sebelum aksi menentang petarung dari Mexico itu.

Kemenangan tersebut, membolehkan Johan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM216,500 daripada ONE Championship kerana berjaya menumpaskan lawan hanya dalam satu pusingan sahaja.

Johan kini merekodkan enam kemenangan dari tujuh penampilan dengan lima kemenangan datang dari pukulan KO.

Kekalahan pertama atlet darah campuran Malaysia dan Amerika Syarikat ini adalah di tangan wakil Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat, Jun lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya