Tang Jie-Ee Wei mara separuh akhir, Soon Huat-Shevon terkandas

Tang Jie-Ee Wei mara separuh akhir, Soon Huat-Shevon terkandas

CHEN Tang Jie (kanan) dan Toh Ee Wei menewaskan pasangan dari China, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui 21-13, 17-21, 21-10 pada perlawanan suku akhir Terbuka Hong Kong 2024, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran No. 1 negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke separuh akhir Terbuka Hong Kong 2024, sebentar tadi.

Turun selaku pilihan keempat, Tang Jie-Ee Wei menumpaskan pasangan China, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui 21-13, 17-21, 21-10 dalam tempoh sejam.

Seterusnya, gandingan No. 9 dunia itu bakal berdepan cabaran getir menentang pilihan kedua kejohanan dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping pada aksi penentuan ke final.

Beregu No. 2 dunia itu mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan satu lagi wakil beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin menerusi kemenangan straight set 21-13, 21-11.

Sementara itu, beregu suami isteri negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai terpaksa menamatkan saingan di suku akhir selepas tewas kepada gandingan tuan rumah, Tang Chun Man-Tse Ying Yuet 21-18, 21-17.

Untuk rekod, ini merupakan kekalahan ke-11 dalam 12 pertemuan pasangan No. 12 dunia itu kepada beregu pilihan ketiga kejohanan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya