Tang Jie-Ee Wei mara dengan mudah

Tang Jie-Ee Wei mara dengan mudah

AKSI Toh Ee Wei (depan) ketika beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024..
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran No. 1 negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tidak mengalami masalah selepas mara ke pusingan kedua Terbuka China 2024, sebentar tadi.

Gandingan No. 9 dunia itu mudah mengatasi pasangan India, Sathish Karunakaran-Aadya Variyath menerusi kemenangan straight set 21-14, 21-11 dalam tempoh 25 minit.

Juara terbuka Korea Selatan 2024 itu seterusnya akan bertemu dengan pasangan Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja bagi penentuan ke suku akhir esok.

Gandingan Indonesia itu mara ‘percuma’ selepas lawan mereka dari Hong Kong, Reginald Lee-Ng Tsz Yau terpaksa menarik diri pada set kedua berikutan kecederaan.

Sementara itu, beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mula dengan langkah kanan selepas ‘bermandi peluh’ untuk menumbangkan pasangan Taiwan.

Beregu No. 23 dunia itu berjaya melakar kemenangan 13-21 21-16 21-15 dalam tempoh 44 minit ke atas Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan yang menghuni di tangga ke-10 dunia.

Yew Sin-Ee Yi yang sedang bergelut dengan prestasi mereka sejak awal tahun ini sering terkandas di pusingan pertama dan ini merupakan kali kedua mereka mara sejak Terbuka Jerman, Februari lalu yang mana tewas di separuh akhir.

Gandingan negara itu akan membuat perhitungan dengan pasangan Indonesia, Sabar Gutama-Moh Reza Isfahani atau pasangan Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen di pusingan kedua esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya