Tambah rakan penaja mencerminkan kejayaan MBC

Tambah rakan penaja bantu MBC pergi jauh

SKUAD Bola Keranjang Melaka (MBC) bergambar dengan pengurus besar MBC, Kwaan Yoong Chye (enam dari kanan), dan Ketua Jurulatih MBC, B. Guganeswaran (tujuh dari kanan) ketika majlis penajaan di sebuah pusat membeli belah Kuala Lumpur, Khamis lalu. - IHSAN PENAJA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelab Bola Keranjang Melaka (MBC) telah menambah senarai penaja mereka susulan akan memakai kasut jenama dari Amerika Syarikat (AS) dengan perjanjian penajaan selama setahun.

Setelah bekerjasama dengan beberapa pengeluar pakaian tempatan, Ketua Jurulatih MBC, B. Guganeswaran mengakui kelab itu berada dalam landasan yang betul.

“Kelab kami masih baharu kerana dua tahun sejak ditubuhkan. Namun pada masa itu, kami telah berusaha dengan lebih keras untuk mendapatkan tajaan untuk pasukan dan pemain.

“Hal ini kerana imej yang ditunjukkan kelab, gaya permainan pemain yang agresif dan sihat,” katanya ketika majlis penajaan di sebuah pusat membeli belah ibu kota, Khamis lalu.

MBC menjadi kelab bola keranjang terkenal di Malaysia selepas memenangi gelaran liga kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) tahun lalu serta liga kebangsaan B-20 musim ini.

Perjanjian antara MBC dan jenama kasut antarabangsa itu diumumkan ketika pelancaran jenama kasut terbabit bagi koleksi bola keranjang yang merangkumi empat jenis kasut berbeza. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya