Subramaniam nafi dirinya dibuli

Subramaniam nafi dirinya dibuli

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tengah) menyambut kepulangan kontinjen para negara yang telah selesai berjuang di Sukan Paralimpik Paris 2024 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. - UTUSAN/Faisol Mustafa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik Paris 2024, Datuk R. Subramaniam menafikan dirinya dibuli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) seperti yang didakwa oleh Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.

Subramaniam berkata sepanjang menyertai Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos hingga Ahad lalu MSN telah memberi bantuan dan sokongan yang baik kepada MPM begitu juga dengan Institut Sukan Negara (ISN).

“Tiada sesiapa membuli saya lagipun saya sudah tua. Bercakap sebagai ketua kontinjen, misi saya bawa pasukan ke sana dan lengkapkan misi kemudian bawa mereka pulang dengan selamat. Selesai,” katanya.

Subramaniam ditemui pemberita selepas majlis sambutan kepulangan kontinjen para negara dari Sukan Paralimpik Paris 2024 yang dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Sebelum ini, Megat mendakwa Subramaniam telah dibuli oleh MSN malah berkata agensi kerajaan itu banyak campur tangan dalam pengurusan kontinjen negara.

Bagaimananapun, Subramaniam enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan yang diberikan Megat namun mengakui masih terdapat ruang yang perlu diperbaiki bagi melancarkan lagi perjalanan atlet apabila menyertai temasya besar.

“Sudah tentu presiden ada pandangan peribadinya dan saya percaya apa yang beliau cuba katakan adalah penambahbaikkan sistem tetapi saya tidak boleh bercakap bagi pihaknya.

“Masih ada ruang untuk diperbaiki. Kunci utama adalah atlet dijaga dengan baik. ISN ada peranan tertentu daripada segi aspek pemulihan, kecederaan dan sebagainya.

“Hanya MPM yang boleh berurusan dengan penganjur kerana kami ahli Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC). Sudah tentu MSN mainkan peranan sebagai sokongan. Bagi saya secara peribadi setiap kelemahan ada peluang untuk penambahbaikkan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya