Soon Huat-Shevon Lai fokus Jelajah Dunia Akhir

Soon Huat-Shevon Lai fokus Jelajah Dunia Akhir

AKSI Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai ketika final Terbuka China berdepan pasangan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping di Changzhou, semalam.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas hasrat untuk melakar sejarah pada Terbuka China tidak kesampaian, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai kini mengalihkan fokus mereka kepada Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China, Disember ini.

Pasangan No. 12 dunia itu terlepas peluang mencipta sejarah muncul selaku beregu campuran pertama Malaysia merangkul gelaran pada kejohanan berstatus Super 1,000 itu selepas tumpas 21-16, 14-21, 17-21 dalam masa 1 jam 12 minit kepada gandingan No. 3 dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping pada final di Changzhou, semalam.

Soon Huat berkata, mara ke perlawanan akhir Terbuka China merupakan pencapaian terbaik dalam karier mereka, tetapi, kekalahan itu mahu dilupakannya dan mengalihkan fokus kepada Jelajah Dunia Akhir.

“Selepas ini, kami akan terus menyertai kejohanan di luar negara dan fokus kami perlu diberi kepada Jelajah Dunia Akhir pula,” katanya ketika ditemu bual BWF selepas perlawanan tamat.

Soon Huat-Shevon kini menghuni kedudukan No. 3 dunia dalam ranking BWF Jelajah Dunia Akhir dan beregu yang berada di kedudukan lapan terbaik berpeluang beraksi pada kejohanan berprestij itu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kekalahan kepada beregu tuan rumah tersebut, Shevon pula memberitahu, perasaannya kini bercampur baur dan sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata, tetapi, dia masih berpuas hati dengan pencapaian itu walaupun tewas.

“Kami telah memberikan yang terbaik dan berjaya menguasai gelanggang, kemenangan dalam set pertama menyuntik semangat kami, tetapi, beregu China bangkit dan mengheret kami bermain dalam set penentuan.

“Sewaktu dalam set ketiga, kami ketinggalan agak jauh dan lawan pula berada di mata akhir, saya memang tak fikir banyak cuma fokus kepada permainan di dalam gelanggang,” ujarnya.

Menurut Shevon, bukan mudah untuk dia dan Soon Huat berdepan dengan beregu handalan China itu dan berjaya memberikan tentangan sengit juga sudah membuatnya berasa puas hati.

“China memiliki begitu ramai pemain berbakat dan mereka mempunyai sistem latihan yang sangat bagus dan ia membantu mereka bermain baik dalam setiap pertandingan yang disertai,” tambahnya.

Muncul selaku naib juara pada kejohanan berstatus Super 1,000 itu membolehkan pasangan suami isteri tersebut membawa pulang pingat perak dan hadiah wang tunai berjumlah $AS70,000 (RM294,000).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya