Skuad wushu anggap tiga emas hadiah Hari Malaysia

Skuad wushu anggap tiga emas hadiah Hari Malaysia

PRESIDEN Persatuan Wushu Malaysia (PWM), Datuk Chong Kim Fatt meraikan kejayaan skuad wushu negara di Kejohanan Asia Wushu di Macau, kelmarin. - IHSAN PWM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kem wushu negara mendedikasikan kejayaan meraih tiga emas pada kempen Kejohanan Wushu Asia di Macau, kelmarin sebagai hadiah untuk Hari Malaysia.

Berlangsung sejak Khamis lalu, emas pertama muncul menerusi atlet wushu lelaki negara, Bryan Ti Kai Jie menerusi acara nanquan dengan 9.696 mata pada hari pembukaan.

Malaysia kemudian meneruskan rentak kecemerlangan mereka apabila atlet wanita, Tan Cheong Min meraih emas kedua pada Jumaat lalu menerusi acara nandao dengan 9.693 mata.

Kem wushu negara sekali lagi menghadiahkan emas ketiga pada hari terakhir kejohanan kelmarin selepas, Muhammad Danish Aizad, Si Shen Peng dan Bryan mengungguli acara duilian lelaki dengan 9.593 mata menewaskan skuad Filipina (9.556) dan Hong Kong (9.536).

Presiden Persatuan Wushu Malaysia (PWM), Datuk Chong Kim Fatt berkata prestasi luar biasa oleh skuad wushu negara amat memberangsangkan dan kejayaan itu seiring dengan Hari Malaysia, semalam.

“Malaysia menduduki tempat kedua dalam carta pingat kategori Taolu. Kejayaan ini turut dicapai menerusi kerjasama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan PWM,” kata Kim Fatt.

Selain tiga pingat emas, Malaysia turut membawa pulang empat perak dan tiga gangsa.

Bryan (nandao lelaki) dan Danish (changquan lelaki) meraih pingat perak manakala Cheong Min membawa pulang baki dua perak pada acara nandao dan nanquan wanita.

Pingat gangsa masing-masing diperoleh Si Shin Peng menerusi acara jianshu lelaki, Clement Thing Su Wei (gunshu lelaki) serta Wong Zhi Hong-Sydney Chin (taijiquan campuran). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN