Sikap positif Eddy bawa tuah di Paris

Sikap positif Eddy bawa tuah di Paris

PELARI negara Eddy Bernard (tiga dari kanan) berjaya meraih gangsa pada penampilan pertamanya di Sukan Paralimpik Paris 2024 dalam acara 100m lelaki T44 (kecacatan fizikal) di Stade de France semalam.-IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet olahraga para negara, Eddy Bernard mengakui dirinya tidak pernah menjadikan kekurangan fizikal yang dihadapi sebagai alasan untuk tidak berjaya dalam hidup.

Atlet berusia 23 tahun itu berkata sikap positif yang ditanam dalam dirinya telah mendorong dirinya untuk mencipta kejayaan dan tidak menjadikan kekurangannya sebagai halangan.

“Apabila melihat orang lain yang lebih sempurna fizikalnya boleh buat, saya pun boleh. Saya selalu cuba positifkan diri sendiri.

“Adakalanya memang pernah rasa rendah diri namun saya cuba mengalihkan fikiran saya dengan fikir perkara lain dan lawan diri untuk positif dan tidak memikirkan perkara negatif,” katanya.

Lebih manis, penampilan sulungnya di Sukan Paralimpik sudah menghadirkan kejayaan apabila memenangi pingat gangsa menerusi acara 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) di Stade de France, semalam.

Dia menamatkan larian 11.58 saat (s) di belakang atlet Afrika Selatan, Mpumelelo Mhlongo yang memenangi emas dengan 11.12s manakala perak dimenangi Yamel Vives dari Cuba (11.20s).

Catatan tersebut turut menyaksikan Eddy memecahkan rekod Asia milik atlet Sri Lanka, Indika Gamage iaitu 11.75s dalam kategori itu yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun.

Eddy melakukan catatan peribadi terbaiknya 11.77s ketika memenangi perak di kejohanan tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya