KUALA LUMPUR: Malaysia dan Filipina terikat 1-1 pada separuh masa pertama perlawanan Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Dalam aksi berkenaan, Filipina terlebih dahulu berada di hadapan apabila Feroz Baharudin tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-27.
Tersentak dengan jaringan itu, anak-anak buah Pau Marti Vicente memperkemasakan rentak permainan bagi memburu gol penyamaan.
Gol yang dicari-cari akhirnya menjelma apabila Syamer Kutty Abba berjaya melakukan rembatan menarik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-43.
Malaysia sepatutnya berada di hadapan pada masa tambahan separuh masa pertama, namun Paolo Josue gagal menyudahkan umpanan cantik Arif Aiman Hadapi.-UTUSAN